TANGAN
I LOVE YOU IN ASL
KOD INI TERHASIL DARIPADA GABUNGAN HURUF "I, L, U" YANG MANA HURUF U ITU TERHASIL DARIPADA TANGAN YANG DIISYARAT YANG KEPADA INDIVIDU YANG DIKEHENDAKI..HE2
Wednesday, November 3, 2010
PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. BILIK
Kebiasaannya bilik-bilik untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sesuai diletakkan di tingkat bawah. Lokasi di aras bawah
a. memudahkan murid-murid yang mengalami masalah fizikal, dan yang memerlukan kerusi roda mudah bergerak,
b. ketinggian sekolah 3 – 4 tingkat, dibina tanpa disediakan kemudahan “lift”
c. mudah mengubah atau mengalih peralatan sokongan dan bantuan yang besar dan berat.
d. lokasi kelas sesuai di bawah kerana bersebelahan dengan tempat bermain, riadah, terapi, aktiviti seperti taman tani-haiwan, ruang terapi pasir-air.
Tetapi tidak mustahil kelas untuk murid berkeperluan khas boleh ditempatkan di tingkat atas tetapi hadkan di tingkat satu. Serta memastikan anak tangga tidak terlalu curam dan perlulah selamat (tidak basah apabila hujan), serta mempunyai tempat pemegang di dinding yang ”rendah” dan sesuai dengan ketinggian murid.
Adalah lebih baik sekiranya kelas-kelas ini bersebelah dengan kelas murid aliran biasa terutama di sekolah integrasi. Bagi kelas di sekolah khas, yang khusus untuk murid cacat penglihatan, tanda-tanda label braille dan juga dipasang pemegang terutamanya di sekeliling bangunan dan juga tangga di seluruh sekolah supaya murid mudah bergerak ke tandas, dewan, kantin, antara kelas, ke pusat sumber, bilik solat, kedai buku, bilik terapi dan kemudahan lain.
Mengikut amalan sebuah kelas aliran biasa dibahagikan kepada dua atau empat bahagian supaya boleh menempatkan empat kumpulan. Tetapi sekiranya sekolah mempunyai kelas yang lebih tempatkanlah satu atau dua kumpulan sahaja dalam satu bilik darjah. Bilik berkenaan sesuai diasingkan mengguna dinding yang boleh diubahsuai. Ini untuk mengelak gangguan antara kumpulan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
2. PENENTUAN KEMUDAHAN
Seandainya anda diminta merancang untuk menyediakan kemudahan kepada murid-murid berkeperluan khas, gunalah senarai berikut sebagai panduan (tetapi tidak terhad kepada senarai ini sahaja)
a. bilik darjah untuk kumpulan (dan mengikut keperluan stesen pengajaran dan pembelajaran)
b. bilik resos
c. bilik darjah untuk kumpulan besar (home base)
d. tandas yang sesuai dengan masalah fizikal murid
e. bilik masak dan ruang makan
f. bilik guru khas dan penyelaras
g. bilik percetakan dan penuaan serta ruang menghasilkan bahan pembelajaran
h. Taman riadah
i. Ruang senaman
j. Ruang fisioterapi
k. Bilik kemahiran urus diri
l. Ruang terapi air dan pasir
m. Taman tumbuh-tumbuhan dan haiwan
Panduan
a. Ruang dan perabut yang disediakan disesuaikan dengan aktiviti yang dijalankan. Contohnya ruang seni lukis: Perlulah menyediakan perabut yang sesuai untuk aktiviti melukis: menempatkan kertas lukisan, warna, disediakan pula dengan kemudahan apron, dan papan pameran untuk mempamerkan hasil lukisan dan kerja tangan, dan tempat untuk mengeringkan hasil lukisan. Begitu juga memerlukan kabinet storan bahan-bahan seni dan hasil seni.
b. Sekiranya boleh, peralatan atau perabut besar dipasangkan kaster (roda kecil) memudahkan mengubahsuai susunan perabut untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama apabila berkongsi bilik atau kerana bilik yang agak kecil.
c. Elakkan perabut terutama di ruang bercerita, perbincangan, perbualan, atau tempat rehat.
d. Jauhkan ruang makan dari bahan seperti tempat storan bahan cetak dan elektronik.
e. Jauhkan juga singki dari bahan cetak dan elektronik.
f. Tempatkan meja guru di lokasi yang mudah guru mengawas murid menjalankan pelbagai aktiviti di dalam kelas. Pandangan guru tidak dihalang oleh susunan perabut atau papan pameran.
g. Penyimpanan alatan perlulah berhampiran dengan jenis aktiviti yang dijalankan. Ini memudahkan pemindahan peralatan, terutama alatan eletronik yang sensitif tehadap gegaran apabila dipindahkan.
h. Kosongkan ruang, terutama lokasi untuk menjalankan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan, atau di ruang masuk keluar, atau laluan perlulah tanpa halangan yang merbahayakan murid.
Pengubahsuaian
a. Susunan kelas tidak semestinya statik boleh dan perlu diubah susun atur dari semasa ke semasa untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran atau riadah yang dijalankan.
b. Sudut-sudut thema sentiasa dikemaskini dan buah perubahan.
Penyenggaran dan keselamatan
a. Dokumen sulit perlulah disimpan ditempat yang kalis api, jauh dari banjir dan serangan serangga perosak.
b. Memastikan sebarang dokumen sulit disimpan dengan baik oleh penyelaras
c. Memastikan tiada alatan yang merbahaya seperti pisau dan gunting mudah diperolehi murid. Perlu ada pengawasan dan tempat simpanan yang selamat.
d. Pastikan permukaan lantai tidak licin, atau mengelak dari tikar atau karpet yang uzur yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan murid.
e. Guru perlu memeriksa sekiranya terdapat bahan merbahaya di ruang senaman atau aktiviti luar sebelum mengajar murid di tempat berkenaan.
f. Sediakan kabinet khusus untuk menyimpan pelbagai alatan dan labelkan almari berkaitan.
g. Guna bekas peralaan yang sederhana besar untuk memudahkan murid mengangkat bekas berkenaan.
Keceriaan
a. Keceriaan bukan sahaja untuk kecantikan dan kemas, tetapi disesuaikan dengan aktiviti di sekolah
b. Elakkan dari memasang kain di sekeliling meja guru atau murid. Ini menyukarkan guru mengubahsuai susunan perabut. Kain tersebut hanya untuk mencantikkan sahaja tetapi boleh mengakibatkan masalah keselamatan.
c. Poster, kad imbasan, model, dan berbagai bahan pembelajaran yang berkaitan dengan apa yang disampaikan oleh guru boleh dijadikan bahan pameran dan keceriaan. Bahan yang dipamerkan ini biarlah berubah setiap minggu mengikut unit pengajaran guru. Pameran ini boleh dijadikan sumber maklumat kepada murid-murid dan sebagai alat mengulangkaji dan meningkatkan daya ingatan mereka.
d. Elak dari mengguna kos yang tinggi hanya untuk keceriaan. Sebaliknya lebih baik mengguna kewangan yang lebih untuk mendapatkan bekalaan bahan pembelajaran yang bersesuaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment